Khamis, 14 Ogos 2014

Guru dan Pengajaran Berguna 4 : SMESH

Impian zaman kanak kanak..ingin belajar di sekolah menengah bertaraf elit dan terkenal.namun impian dan cita cita tersebut tinggal harapan dan impian kerana kelulusan tidak memenuhi syarat,pun begitu masih rasa bertuah kerana mendapat tajaan Yayasan Sabah untuk melanjutkan pelajaran di Semenanjung Malaysia.
Dalam usia awal 40an..impian itu marak semula setelah anak pertama...perempuan mendapat keputusan 5A dalam UPSR dan mendapat tawaran memasuki Sekolah Menengah Sains sabah,Kota Kinabalua.Keterujaan dan semangat terus melonjak apabila anak kedua mendapat tawaran di sekolah yang sama tiga tahun kemudian kemudian sedikit terpadam apabila anak ketiga tidak layak untuk memasuki mana mana SBP dan akhirnya impian untuk memdapat tempat di Sekolah Menengah Sains Sabah seakan akan berkubur apabila anak bongsu ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains Labuan,Wilayah Persekutuan Labuan.
     Jika difikir fikirkan,anak saya masih beruntung kerana mendapat tempat di SBP walaupun jarak antara Wilayah Persekutuan labuan dengan tempat tinggal kami memakan masa perjalanan selama empat atau lima jam melalui jalan darat dan antara tiga hingga empat jam melalui jalan laut manakala menggunakan pesawat hana memakan masa selama empat puluh minit.Pilihan bagi kami sebaagai kakitangan kerajaan hanyalah jalan darat atau jalan laut dan sekali sekala menggunakan pesawat.Atas masalah logistik dan beberapa masalah sampingan maka tawaran ini terpaksa kami ketepikan dengan tidak menghantar anak untuk mendaftar di SM Sains Labuan.
     Namun sejak kebelakangan ini,harapan itu kembali berbunga setelah diberikan harapan oleh pihak yang berwajib di Sektor Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan bahawa masih ada harapan untuk memasuki sekolah tersebut dengan syarat pihak kami membuat rayuan dengan menyatakan sebab kenapa anak ini patut diberikan tempat di SM Sains Sabah Kota Kinabalu.Syarat ini saya rasakan sebagai satu syarat yang ringan dan di sinilah kita dapat melihat kesungguhan dan iltizam para pegawai KPM dalam soal pengurusan pendidikan di negara kita.Saya melihat ini sebagai satu ketelusan dan toleransi tahap tertinggi dalam pengurusan pendidikan di Malaysia.Walaupun sehingga artikel ini ditulis saya belum mendapat surat jawapan dari pihak SPSBPSK,namun saya yakin jawapan yang positif bakal saya perolehi
dalam masa yang terdekat dan sebagai manusia,fitrahnya kita akan pasrah terhadap sebarang ketentuan...kita hanya mampu merancang,Allah jua yang menentukan segala galanya....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan