

Pilihanraya bukanlah berkenaan bermain mengikut syarat dan aturan ataupun keadilan tetapi pilihanraya adalah mengenai kemenangan.Dalam permainan ini,pemenang dapat segala -galanya,dan bagi mana mana calon samada calon parti Kerajaan atau calon Pembangkang tidak akan dapat lari dari hakikat ini,seperti kekecewaan Datuk Seri Panglima salleh Tun Said apabila mengetahui tempatnya akan digantikan oleh Datuk Abdul Rahman Dahalan di parlimen Kota Belud.Hakikat ini memang sukar diterima bagi mereka yang dibesarkan dengan nilai satu orang satu undi dan ideal demokrasi.
Dan pandangan peribadi saya bahawa seluruh sistem ini telah koyak rabak ditebuk rasuah,manipulasi dan talam dua muka,namun sebagai seorang rakyat yang baik,sistem politik ini boleh kita lihat dari sudut dan persepsi lain yang lebih positif.
Namun begitu,pilihanraya bukan sekadar persoalan kalah atau menang dan kita semua tahu jawapan kepada persoalan ini,kerajaan mencari mandat dan kebenaran dari rakyat atau secara lebih jelas meminta persetujuan dan persefahaman mereka.Mejoriti dua pertiga adalah halangan utama yang mana jika berkurangan,kerajaan tahu mereka perlu berhadapan dengan siapa dan terpaksa bertempur secara berhadapan.
Bagaimanapun,proses ini perlu dilihat secara keseluruhan kerana pilihanraya kita adalah kepunyaan kita sendiri.Bukankah pilihanraya itu semua benar seperti yang didakwa dan menggambarkan rakyat,budaya dan masyarakat kita.