Jumaat, 7 Mei 2010

Piala Dunia dan Piala Di Malaysia


Seperti diketahui umum,Demam bola sepak akan melanda Plenet Bumi sedikit masa lagi.Piala Dunia 2010 yang akan diadakan di lapan buah bandaraya di Afrika selatan patinya akan menjadi demam yang bukan alang alang...lebih lebih lagi kepada peminat bola sepak.Sebut saja "World Cup",yang selama ini tidak pernah berminat dengan bola sepak pastinya akan tiba tiba menjadi berminat malahan kita tidak hairan jika mereka ini boleh membuat ulasan dan kritikan yang hebat berkaitan dengan teknik dan strategi setiap pasukan.
Di Negara kita,setakat ini kita hanya mampu bersorak dan menyokong pasukan lain yang bermain dalam Piala Dunia.Kalau ada pun yang mampu kita lakukan adalah memberi kebenaran kepada konsesi perjudian untuk menguruskan pertaruhan dalam piala dunia.
Satu senario yang cukup menghairankan dalam sebuah negara yang perlembagaannya menyebut Agama Islam sebagai Agama rasmi.Perkara ini jelas seperti yang terkandung dalam perkara 3 perlembagaan persekutuan
Memberi kebenaran untuk membuat pertaruhan dalam Piala Dunia 2010 seperti menghalalkan perjudian yang ternyata haram.Apa agaknya beza antara pertaruhan dengan perjudian?
Jangan mengikut langkah yahudi dan menjadi hipokrit dengan memberikan alasan yang tipis bagi menghalalkan perkara yang sememangnya haram menurut Al-Quran dan Sunah.
Jangan kerana namanya adalah pertaruhan dan diberikan lesen khas oleh kerajaan maka kita menganggap ianya adalah baik untuk kita..seperti juga arak yang diberikan nama yang baik dan cantik seperti VSOP,Martel,Carlsberg dan entah apa apa nama yang sememangnya menarik.Walau apa dan secantik mana pun botol dan namanya,arak tetap haram untuk umat Islam dan siapa pun yang menganjurkan atau menguruskannya dan walau apa pun dalilnya..Judi tidak pernah menjadi halal dalam Agama Islam.
Sewajarnya,kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO,wadah perjuangan Melayu tidak memberi kesempatan kepada pembangkang untuk mengkritik mereka,apa lagi memberikan gambaran mengenai kejahilan mereka dalam soal yang berkaitan dengan hukum hakam agama.
Secara peribadi, saya melihat tindakan kerajaan memberikan lesen untuk pertaruhan Piala Dunia sebagai tindakan yang kurang bijak.Kerajaan sepatutnya mengambil kira kecenderungan rakyat terhadap agama pada masa kini dan walaupun isu ini adalah sesuatu isu yang remeh dan "Ciput",tindakan ini pasti dan pastinya akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pakar pakar Agama Islam untuk menentang dan mempertontonkan kesalahan dan kesilapan kerajaan...agaknya..