Dewasa ini,samada parti pemerintah atau pembangkang,masing masing mengiat dan melipatgandakan usaha untuk memenangi dan menambat hati rakyat.Keperluan terhadap sokongan yang berterusan ini sebenarnya adalah salah satu petanda bahawa PRU 13 semakin hampir.Jika diperhatikan dan dihalusi,sememangnya BN dilihat mempunyai kelebihan dari segi sokongan,ditambah pula dengan pergolakan dalam PR,dalam PKR sendiri seorang demi seorang,dari pemimpin peringkat bawahan sehingga kepada wakil rakyat meninggalkan parti itu lantaran perasaan tidak puas hati atau atas alasan yang hanya mereka dan Tuhan saja yang tahu.
Bagi memantapkan usaha berterusan mendekati dan memenangi hati rakyat,UMNO telah menganjurkan satu program yang dinamakan JUARA RAKYAT .Antara lainnya program ini bertujuan untuk mendekati semula rakyat yang telah menolak mereka dalam PRU12.
Namun begitu,ada juga di kalangan pemerhati politik yang melihat program ini dari sudut yang berbeza.Seorang rakan ( Penyokong Pembangkang agaknya..) memberitahu saya bahawa program JUARA RAKYAT hanyalah sekadar usaha UMNO untuk menjaja dan memperkenalkan pasukan pengurusannya atau dalam istilah lain,Program ini sebenarnya bertujuan untuk meluruskan balingan ke arah pembangkang dan sebagai isyarat bahawa UMNO dan BN punya ketinggian moral untuk terus memerintah dan mentadbir negara.Menurut rakan itu lagi,program sebegini bukanlah satu keperluan hakiki kerana perhimpunan yang besar dan meriah ini selalunya akan bertukar arah..dari juara rakyat menjadi juara maksiat.(Memang sah kawan ini sokong PAS)
Bila difikirkan kembali,ada juga kebenaran kata kawan itu tadi,kerana UMNO yang menganjurkan program JUARA RAKYAT sepatutnya bangga dengan kejayaan sendiri yang mana formula pembangunan BN adalah memuaskan hati rakyat dan menjadikan mereka pengikut setia dan ketika sampai pada satu takat,rakyat akan kembali menilai samada kerajaan perlu diganti atau diswastakan untuk mengaut keuntungan.Jika sebelum ini kita bangga dengan penurunan kadar kemiskinan,jangan lupa bahawa selalunya,rakyat yang lebih mewah dan kaya mempunyai jangkaan yang lebih terhadap kerajaan.
Apa pun program yang dianjurkan,suara rakyat adalah juara sebenar kerana rakyat adalah pemangkin ekonomi dan kita seharusnya memahami bahawa sebagai parti yang sememangnya ingin mengekalkan kuasa, UMNO perlu agak apa kehendak rakyat,menggaulkannya dengan apa yang disediakan oleh UMNO.Barang diingat bahawa momentum dan suara rakyat adalah berbea mengikut ukuran geografi dan sosial.