Selasa, 3 Ogos 2010

Iranun Makin terpinggir



Sewaktu berkunjung ke rumah seorang kawan yang memang terkenal sebagai seorang pengumpul buku,bukan ulat buku tetapi beliau menjadikan aktiviti membeli buku sebagai hobi.Seronok bersembang sambil membelek belek koleksi beliau,saya terlihat sebuah buku yang berjudul "The Bell Curve : Intelligence and Class Structure In Amarican Life"( Lengkung Bell: Kecerdasan dan Struktur Kelas Dalam Kehidupan Amarika )hasil tulisan Charles Murray.Seingat saya,hasil karangan ini telah menjadi kontroversi dan diperdebatkan dengan begitu hangat di kalangan para ilmuan,kerana pandangan pengarang tentang ras adalah berdasarkan genatik.Murray nampaknya mengembangkan pandangan yang menekankan bahawa ciri ciri kelahiran dan keturunan berbanding persekitaran dan pendidikan.
Dalam teraba raba membaca hasil karya yang saya anggap sebagai bacaan berat ini,terlintas di dalam fikiran saya bahawa dalam dunia sebenar mengikut konteks bangsa saya, Iranun yang masih dianggap minoriti di Negeri Sabah,bangsa lain yang lebih ramai atau golongan majoriti mungkin masih menganggap bangsa Iranun terus kekal di kelas bawahan sebab mereka memang kecil dan tidak ramai.Lihat sahaja persoalan siapa pemilik sebenar budaya "Egkulintang" atau "Betitik"dalam bahasa Bajau dan siapa pemilik sebenar "Sarimpak".Apa yang menjadi perhatian saya bahawa budaya Bajau dan Iranun hampir sama namun tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa bangsa Bajau memonopoli hampir semua budaya Iranun kerana mereka adalah golongan majoriti dan memegang tampuk politik dari zaman perang pandasan sehingga hari ini.
Jika didalami isi kandungan buku ini,semuanya akan menaikkan darjah kemarahan namun sewajarnya kita bertenang kerana saya berpendapat yang stereotaip ras boleh diubah sesuai dengan peredaran masa,dan mungkin buat pertama kali,saya bersetuju bahawa gagasan 1Malaysia merupakan satu pendekatan yang lebih positif dan dinamik terhadap idea ras.Apabila kita perhatikan dengan lebih mendalam,banyak buku buku karangan para sarjana dari Malaysia kini tinggal sebagai keanehan sejarah kerana perubahan persekitaran dan pemikiran masyarakat.
Namun begitu,walaupun orang Iranun dianggap sebagai minoriti dan semakin tersisih dari arus politik Kota Belud,tidak pernah dinyatakan dalam mana mana buku bahawa pendidikan dan kerja kuat tidak dapat mengubah nasib sesuatu kaum.Tidak ada yang menyatakan bangsa yang kurang bernasib baik,berfikiran feudal,berserah pada takdir,jahil dan boros tidak berhak mendapat yang lebih baik.Dalam konteks masyarakat Iranun,tiada siapa menyebut tentang pendidikan,nilai moral dan budaya sehinggalah orang Iranun bangun bercakap.